sam marley..

sam marley..

Monday 31 December 2012

lembaran baru untuk kita semua.

assalamualaikum.hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2012.besok adalah hari pertama tahun 2013.bagi aku,tak payah lah nak celebrate bagai.cukuplah dengan buat solat hajat tahun baru malamni.daripada jalan sana sini tak tentu hala.aku lagi suka duduk rumah.kalau tak pun,lepak2 dengan family.
  hurm,banyak benda yang aku dah tempuhi sepanjang tahun ni.suka duka,pahit manis perjalanan hidup ni pun dah banyak aku tempuhi.macam macam asam garam kehidupan yang aku dah belajar.orang puji aku,orang hina aku.semua aku telan.aku anggap semua tu satu pengalaman dalam kehidupan.macam aku selalu cakap.semua ni adalah the circle of our life.lagipun kita tak tahu bila kita nak meninggalkan dunia ni.kita cuma boleh memanjatkan doa kepada yang maha esa supaya dipanjangkan umur kita.hari esok adalah hari pertama kita manusia di tahun yang baru.orang cakap,tahun baru mesti ada azam baru.tapi bagi aku,azam saja tak guna kalau kita tak laksanakan.azam baru ni sebenarnya cuma untuk menaikkan semangat kita saja.
  hurm,tahun ni jugak,aku banyak dapat sesuatu yang baru dalam hidup aku.tapi,semuanya tak kekal.bagi aku,hanya yang maha esa sahaja yang kekal.
banyak jugaklah yang dah berubah dalam masa 1 tahun ni.family aku,kawan2 aku,orang yang aku sayang.semua dah barubah.aku rasa ikatan aku ngan family aku dah makin kuat sekarang.tapi dengan orang yang aku sayang,makin kendur.betul cakap orang,rambut sama hitam,tapi hati lain lain.ni lah dunia,dunia dimana kita berada sekarang.dunia yang sementara.
tapi apa apapun,hidup kita ni janganlah pernah kita sia siakan.cuma kita sendiri yang boleh mencorak hidup kita.bukan orang lain.jangan harapkan orang lain untuk buat hidup kita jadi baik.tak selama lamanya kita muda.kalau kita tak berusaha dari sekarang,sampai bila kita nak berjaya kan.hidup ni adalah untuk berusaha.kalau nak diikutkan,aku menyesal jugak dengan cara hidup yang aku jalani dulu.tapi,menyesal pun dah takde guna kan.apa yang perlu kita buat,cuma biarkan masa lalu jadi memory dalam hidup kita,dan terus melangkah kehadapan.buat apa yang terbaik untuk kita.utuk orang yang aku sayang,nurul bulbul.'jadikanlah pengalaman kita dulu mendewasakan kita,membuat kita jadi lebih tabah,lebih menghargai hidup ni,lebih berani untuk mencuba.jangan jadikan benda yang dulu sebagai alasan untuk kita tak berjaya dalam hidup dan hubungan kita.jangan kita berhenti mencuba selagi kita masih boleh mencuba.'dan untuk family aku,'adik minta maaf kalau sepanjang tahun ni,adik banyak menyusahkan semua.tak kisahlah abang ke,kakak ke,siapa siapa jelah yang adi pernah susahkan.adik tahu adik terlampau manja,masih muda,masih belum kenal erti penat lelah perjalanan hidup,belum tahu nak bezakan mana yang baik,mana yang salah.adik harap semua maafkan adik.'dan untuk kawan2 aku semua,'banyak suka duka hidup yang telah kita lalui bersama.aku harap korang semua dapat terima aku sebagai kawan korang biarpun susah atau senang.kawan senang banyak,tapi kawan susah memang sikit.aku harap persahabatan kita takkan terhenti sampai sini.biarlah persahabatan kita semua berpanjangan sampai di alam akhirat kelak.'

sekian dari aku untuk tahun ni.assalamualaikum,semoga tahun depan dapat membuka lembaran baru untuk kita semua.ahlan wasahlan.ikhlas dari  Sam Marley.

No comments:

Post a Comment