sam marley..

sam marley..

Monday 31 December 2012

lembaran baru untuk kita semua.

assalamualaikum.hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2012.besok adalah hari pertama tahun 2013.bagi aku,tak payah lah nak celebrate bagai.cukuplah dengan buat solat hajat tahun baru malamni.daripada jalan sana sini tak tentu hala.aku lagi suka duduk rumah.kalau tak pun,lepak2 dengan family.
  hurm,banyak benda yang aku dah tempuhi sepanjang tahun ni.suka duka,pahit manis perjalanan hidup ni pun dah banyak aku tempuhi.macam macam asam garam kehidupan yang aku dah belajar.orang puji aku,orang hina aku.semua aku telan.aku anggap semua tu satu pengalaman dalam kehidupan.macam aku selalu cakap.semua ni adalah the circle of our life.lagipun kita tak tahu bila kita nak meninggalkan dunia ni.kita cuma boleh memanjatkan doa kepada yang maha esa supaya dipanjangkan umur kita.hari esok adalah hari pertama kita manusia di tahun yang baru.orang cakap,tahun baru mesti ada azam baru.tapi bagi aku,azam saja tak guna kalau kita tak laksanakan.azam baru ni sebenarnya cuma untuk menaikkan semangat kita saja.
  hurm,tahun ni jugak,aku banyak dapat sesuatu yang baru dalam hidup aku.tapi,semuanya tak kekal.bagi aku,hanya yang maha esa sahaja yang kekal.
banyak jugaklah yang dah berubah dalam masa 1 tahun ni.family aku,kawan2 aku,orang yang aku sayang.semua dah barubah.aku rasa ikatan aku ngan family aku dah makin kuat sekarang.tapi dengan orang yang aku sayang,makin kendur.betul cakap orang,rambut sama hitam,tapi hati lain lain.ni lah dunia,dunia dimana kita berada sekarang.dunia yang sementara.
tapi apa apapun,hidup kita ni janganlah pernah kita sia siakan.cuma kita sendiri yang boleh mencorak hidup kita.bukan orang lain.jangan harapkan orang lain untuk buat hidup kita jadi baik.tak selama lamanya kita muda.kalau kita tak berusaha dari sekarang,sampai bila kita nak berjaya kan.hidup ni adalah untuk berusaha.kalau nak diikutkan,aku menyesal jugak dengan cara hidup yang aku jalani dulu.tapi,menyesal pun dah takde guna kan.apa yang perlu kita buat,cuma biarkan masa lalu jadi memory dalam hidup kita,dan terus melangkah kehadapan.buat apa yang terbaik untuk kita.utuk orang yang aku sayang,nurul bulbul.'jadikanlah pengalaman kita dulu mendewasakan kita,membuat kita jadi lebih tabah,lebih menghargai hidup ni,lebih berani untuk mencuba.jangan jadikan benda yang dulu sebagai alasan untuk kita tak berjaya dalam hidup dan hubungan kita.jangan kita berhenti mencuba selagi kita masih boleh mencuba.'dan untuk family aku,'adik minta maaf kalau sepanjang tahun ni,adik banyak menyusahkan semua.tak kisahlah abang ke,kakak ke,siapa siapa jelah yang adi pernah susahkan.adik tahu adik terlampau manja,masih muda,masih belum kenal erti penat lelah perjalanan hidup,belum tahu nak bezakan mana yang baik,mana yang salah.adik harap semua maafkan adik.'dan untuk kawan2 aku semua,'banyak suka duka hidup yang telah kita lalui bersama.aku harap korang semua dapat terima aku sebagai kawan korang biarpun susah atau senang.kawan senang banyak,tapi kawan susah memang sikit.aku harap persahabatan kita takkan terhenti sampai sini.biarlah persahabatan kita semua berpanjangan sampai di alam akhirat kelak.'

sekian dari aku untuk tahun ni.assalamualaikum,semoga tahun depan dapat membuka lembaran baru untuk kita semua.ahlan wasahlan.ikhlas dari  Sam Marley.

Saturday 29 December 2012

saya sayang awak !

Awak,saya sayang sangat kat awak.
awak ingat tak first time kita kenal?
time tu saya sebenarnya nak tolong kawan saya settlekan problem dia dengan awak.lucu sangat masa tu kan?
lepastu  tiba tiba bukankita pulak start jadi rapat kan.
 saya ingat lagi time kita IM dekat muka buku.time tu lah saya mintak no fon awak.lepas dapat,saya terus offline.bukan apa,saya ada hal lagi lepastu.tapi lepas 3 hari,saya call awak.dalam hati saya time tu hanya tuhan je yang tahu.saya ingat awak bagi no orang lain dengan saya.but,awak memang baik.hehe.
 lama jugak kita sembang2 time tu kan.
lepastu,saya selalu call awak.kita kongsi masalah kita,zaman silam kita.saya terkejut sangat time awak menangis sebab kisah awak dulu.saya tak tahu nak buat apa,so saya nyanyi untuk awak.awak pun happy kan.lepas hari tu,kita terus contact kan?kita makin rapat.n sampailah satu hari tu,saya rasa saya dah ada perasaan sayang kat awak.lama jugaklah saya nak luahkan kat awak.and surprisingly,awak pun cakap awak dah ada feel ngan saya.biarpun kita jauh,tapi hati kita dekatkan.
  and lepas hari tu,bermulah kisah kita sebagai satu pasangan.kita tak pernah gaduh.

tapi sampailah satu hari tu,tiba2 hubungan kita gegar.saya pun tak tahu kenapa.mungkin sikap ego dalam diri kita yang buat kita jadi macamtu.
 masa tu awak posting dekat sarawak.saya call.
"katmana tu?".n then awak cakap "kat rumah bakal tunang i."
saya terkejut sangat masa tu.saya terus off call.semua perasaan sayang saya kat awak masa tu dah bertukar jadi perasaan benci yang teramat sangat.masa tu jugaklah saya putuskan hubungan kita.

  3 bulan awak,3 bulan hati saya sakit sangat sebab awak.saya tak pernah sangka awak sanggup buat macamtu dekat saya.apa gunanya kasih sayang yang saya bagi selama ni dekat awak.saya menyesal sangat masa tu.
  tapi tiba2 phone saya bunyi.saya tengok dekat caller name,unknown number.tapi saya rasa saya ingat lagi no tu.dengan perasaan yang bercampur baur,saya angkat jugak.and the caller is,awak.
 saya memang terkejut sangat.saya tak tahu apa yang awak nak dari saya masa tu.dan yang paling saya terkejut,actually awak call saya masa tu dengan niat untuk meminta maaf atas semua yang awak buat kat saya dulu.
 awak cakap,semua tu just saja nak sakitkan hati saya.saja nak buat saya jauh dengan awak.saya tak percaya sangat yang awak dah tipu saya 2 kali!kalau nak ikutkan hati saya,memang saya nak off dah phone time tu jugak.tapi sebab perasaan sayang saya kat awak,saya gagahkan jugak diri saya untuk dengar penjelasan awak.
 and surprise surprise,awak nak saya balik dengan awak.masa tu saya tak tau nak terima awak balik atau tak.tapi kata hati saya suruh saya terima awak balik.and sampai sekarang ni,dah nak genap 1 tahun hubungan kita.tapi terus terang saya cakap,awak dah berubah,awak dah tak macam dulu lagi.sikap awak,cara hidup awak,sayang awak semua berubah.dah takde lagi text awak tiap pagi,petang,malam.kalau dulu,'sayang,buat apa?','mama rindu papa','mama sayang papa'.sekarang nak harapkan text awak,kadang2 dalam 1 minggu tu pun mungkin langsung takde text awak.saya rindu awak yang dulu.
 awak,saya harap sangat awak jadi yang dulu balik.kit kan dah janji,lepas awak dah kerja,saya dah kerja,kita nak kukuhkan lagi hubungan kita kan.awak jangan la macamni.tolonglah balik jadi orang yang pernah i sayang dulu.tolonglah awak...


specially dedicated to my lovely women;nurul bulbul aka cnurulskonyel.                                                                 straight from the heart of sam marley.

Friday 28 December 2012

bosan yang teramat

hurm,apa lagi aku nak cerita kat cini erk.hoho.sebenarnya kan,aku rindu kat someone lah.actually dia ex gf aku.tapi entahlah,aku rindu sangat dengan dia.biarpun selalu jumpa,tapi aku still jugak rindu dia.hurm.blurr lahh.nanti lagi aku sambung.k bye guys..

Monday 24 December 2012

huh!sakit hati

ok fine !lets end this now !tu lah yang aku cakap dekat dia.now i am really super duper hate her.sakit hati aku.aku ingat aku dah kenal dia,faham dia.tapi aku silap lah.aku langsung tak kenal dia.aku silap sebab terima dia balik dulu.sepatutnya aku dah buang dia lama dah dari hidup aku.aku menyesal sangat sangat.kenapa lah aku boleh terima dia balik.padahal dah terang terang dia dah sakitkan hati aku dulu kan.sia sia hubungan ni.dah dekat 1 tahun dah.tinggal 1 minggu je lagi.for u,please stop all the false u said to me ok.i tau i bukan sempurna.i tau i bukan baik.tapi i pun human being jugak.please.jangan buat i jadi orang yang takde perasaan.huh
time macamnilah aku teringat wanie.dia je yang faham isi hati aku,perasaan aku.ahu harap sangat dia ada ngan aku sekarang ni.aku rindu kat dia.rindu semua pasal dia.dia selalu sokong aku.faham keadaan aku,cara aku.semua dia faham.aku rindu sangat kat dia.huhu.

Sunday 23 December 2012

puas hati aku

hurm,apa lagi aku nak cakap kat sini erk.sebenarnya kan,aku rasa aku dah terjatuh sayang kat someone lah sekarang ni.huh.takpelah

apakah ?

morning morning. . selamat pagi semua. .hurm..boring lagi.tapi nasib baik aku boring,kalau tak,sampai bekulat la aku tak update blog aku ni.haha.hari ni tak kerja.duduk rumah gemukkan badan jelah jawabnya.haha.btw,kalau korang nak tahu,sekarang ni aku dah kerja,aku kerja jadi tour guide sekarang.syok sangat !banyak aweks mat saleh.haha.tapi bukan tu yang aku nak cerita.aku nak cerita pasal ex gf aku.wanie.aku dengar khabar dia dah kawin.and baru2 ni aku dengar khabar anak dia meninggal.kesian kat dia.u,sabar ok.semua tu ada hikmahnya.
ok ok.aku taknak tangkap jiwang kat sini.hehe.sambung balik cerita,sebenarnya aku selalu teringat kat dia ni.huhu.peliklah.aku pun tak tahu kenapa.mungkin sebab dia pernah jadi orang yang aku sayang.mungkin kot.lagipun,banyak kenangan aku ngan dia.orang cakap,memories will never disappear from your life.gitu.haha.mungkinlah jugak.tapi takpelah.yang penting dia bahagia sekarang.aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia.amin.ok!sampai sini jelah coretan aku untuk pagi ni.hehe.bye bye.salam.

Saturday 22 December 2012

apa pun tak boleh

hurm,aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis sebenarnya.
sebenarnya aku punya main sakit hati sekarang ni.huh.ada gf,tapi buat dunno,ada bestie,buat dunno.apalah dorang ni.dorang ingat aku tunggul ke apa ni?huhu.bosan sangat.takpe2,petang ni nak main bola.
urm,aku nak cerita la pasal awek baru aku ni.tak lah macam wanie,aku rasa lagi baik wanie.tapi aku sayang dia.aku pun tak tau macamana aku boleh melekat dengan dia,padahal dahla jauh.huhuhu.tapi takpelah.janji aku sayang kat dia.hehehe.ni jelah coretan aku untuk hari ni.have a nice weekend semua !!!!

Friday 21 December 2012

semua dah berubah

hye hye hye..dah lama tak write kat blog ni.dulu bukan main rajin.huhu.urm,masuk harini,dah genap 1 tahun aku tak letak apa2 kat sini.hurm.macam macam dah jadi.aku pun dah tak sedar masa dah terlalu cepat berlalu.btw,aku dah balik sabah.aku quit study.aku kerja sekarang.but honestly,aku rindu kl,aku rindu MUCH,aku rindu mahkota cheras,aku rindu kawan2 aku,aku rindu semua yang ada kat sana.korang semua,tunggu aku datang sana nanti!
kisah hidup aku pun banyak.terlalu banyak yang berlaku sampai aku dah tak sedar.aku tak ingat semuanya.DIA dah kawin,DIA dah breakup.macam macamlah.tapi,aku happy dengan hidup aku sekarang.happy sangat.