sam marley..

sam marley..

Thursday 19 December 2013

tolonglah faham !

tolonglah,dah terlalu banyak yang kita lalui,dah terlalu lama kita bertahan ! tolonglah buat keputusan.biarlah org mengata,biarlah org mencaci menghina kita,tapi tolonglah berfikir untuk masa depan kita.jangan disebabkan perasaan yang bercampur baur,kita memilih untuk menunggu. fitrah hidup manusia sebenarnya untuk mencuba. untuk mendapatkan kebahagiaan,kita kena korbankan sesuatu.bukan semua kita akan dapat. minta la pertolongan dari yang maha esa. hanya Dia lah yang mengetahui segala galanya.

Sunday 27 October 2013

masihkah ada ruang?

bismillahirahmanirahim..bermulanya hidup aku menjadi seorang pelajar kembali.banyak benda dah berlaku,ada yang boleh difahami,ada yang tak boleh.banyak sangat benda yang berlaku di luar jangkaan.kadang kadang hati boleh menerima,kadang kadang tak boleh.tapi apa pun yang terjadi,aku kenalah redha.jalan Allah adalah jalan yang terbaik.aku yakin dengan semua tu.inshaallah.

Wednesday 17 July 2013

as salam

tak banyak yang sam nak cakap harini.sam just nak memanjatkan syukur kepada yang maha esa kerana diberi kesempatan untuk melalui ramadhan ini.alhamdulillah.sam just nak cakap,sekarang ni,sam kecewa sangat.memang kecewa.bukan sebab cinta,tapi sebab keluarga.sam tau sam bukan anak atau adik yang cukup sempurna untuk keluarga.tapi sam pun manusia biasa jugak.tak pernah lepas dari kesalahan.tak kira lah kecik atau besar.sam mintak tolong sangat sangat,biarlah sam buat keputusan sam sendiri.sam taknak menderita,sam taknak kecewa dimasa hadapan sam nanti.biarlah sam hidup dengan cara sam sendiri.sam cuma harap sokongan dan dorongan dari family sam je untuk sam tempuh semuanya.salahkah sam untuk mencuba?salahkah sam untuk belajar?salahkah sam untuk berdikari?salahkah sam untuk membuat pilihan?tolonglah.sam cuma nak doa dan dorongan untuk sam berjaya.itu sahaja.sam taknak mintak banyak banyak.

Wednesday 19 June 2013

work hard,play hard..

as salam and selamat pagi uollss.takde apa yang sam nak cerita sekarang ni.sam just nak cakap cakap kosong je.ehehehe.it is been a while since sam tampal note kat blog sam ni.ahahaha.nak tengok sam yang sekarang tak ? jeng jeng jeng!        

tak banyak yang berubah,just perangai and perwatakan sam je yang sikit berubah.sam rasa sekarang ni sam lebih menghargai diri sam,life sam and kerjaya sam.bukan apa,umur pun dah makin meningkat,so sam kenalah makin bijak berfikir kan.chachachacha..hahaha.tapi kalau fikir balik,rindu jugak ngan kenagan dulu.tapi macam orang cakap,look forward,left the memories behind.but dont forget the memories.huhu.tu jelah coretan sam untuk harini.btw,sam dah "single".ahahahaha.single for a word jelah.hahaha.ok guys,bulan puasa pun dah nak dekat,so jomlah kita ramai ramai beramal jariah.maybe next week sam ada kursus dalam one week,so untuk siapa2 yang keal sam,doakan sam berjaya okay ! as salam....









                                                                                                                                                                                                                

Sunday 28 April 2013

kehidupan bermula disini!

ting tong...ting ting....as salam semua ! selamat malam ! hehe. .dah dekat 3 minggu sam tak update blog ni . .bukan apa,sam malas sebenarnya. . haha.lagipun tengah buat persediaan untuk menempuh kehidupan sam kat tempat kerja baru. mesti korang nak tau kan kenapa sam mesti buat persediaan??.........................
  sebab....sam dapat promotion jadi captain supervisor !!hahahaha,siapla budak2 bawah sam nanti,conform kena kaw kaw ngan sam..hahaha,takdelah,saja main2..sam akan incharge satu restoran.sam akan tengok mcmana staff sam buat kerja,buat roaster dorang,buat revenue..semua sam kena buat.harap2 sam boleh handle semua tu.n harap2 sam boleh bertahan lama kat tempat baru nanti.amin.
  eh !tak lengkap rasanya kalau sam tak cerita pasal kisah cintan cintun sam kan ! hahaha.ok,buat masa ni sam tak fikir lagi pasal semua tu.sebab sam baru broke up ngan ex sam.tapi adalah juga pengganti yang bagi sam,buat masa ni,lebih baik dari dia,lebih gila dari dia.hahahaha.i mean it ok.haha.dia ada ciri2 yang sam suka.tapi buat masa ni masih lagi mengenal hati budi masing masing.sekarang ni,dia seorang penuntut kat sebuah institusi tinggi kerajaan kat sabah ni.jenis dia ni,happy go lucky.tak pernah langsung sembunyikan apa pun dari sam.dia suka sharing something even benda tu terlalu private utuk share ngan orang lain.tapi dia tetap akan share ngan sam.sebab tu la sam sayang dia.sayang sangat2 ! buat masa ni lah.bukan apa,kita pun takkan tahu kan apa yang akan terjadi satu masa nanti.
eh,dah jauh sam melalut.haha.untuk pengetahuan korang semua,sam dah dalam proses mengarang satu novel yang mungkin sam akan publish awal tahun depan.nantikan okay !semua kisah yang ada kat dalam bakal novel sam tu takde kaitan dengan yang hidup ataupun yangg mati.hehehe.

okaylah,sam ada banyak lagi kerja nak buat,hopefully nanti sam ada masa nak update lagi blog ni. bye bye ! as salam !

Monday 15 April 2013

hurm..sedih sebab awak..

as salam...dah lama sam tak update blog nie..ni pun nasib baik teringat.sedar tak sedar dah nak dekat 2 tahun sam kat sabah.sedar tak sedar jugak,makin lama sam makin dewasa,makin tua.hahahaha.sekarang,sam dah kerja.tak lah kerja bagus sangat.tapi ok lah untuk hidup sam.at least sam tak bergantung hidup kat family lagi.

nak cerita pasal cinta,hidup sam sekarang ni macam dh fedup nak bercinta.sam akui memang sam ada someone dalam hidup sam sampai sekarang.tapi terus terang sam cakap,sam betul2 tak tahu siapa dia,apa sebenarnya perasaan dia.biarlah masa yang menentukan semuanya.sam redha.
sam ingat lagi kitorang punya main song. tuhan jagakan dia.lagu tu memang faham ngan situasi kitorang.
sam tau sam tak sempurna.tapi sam akan cuba sedaya upaya sam untuk buat yang terbaik untuk hubungan ni.sam tak janjikan hubungan yang sempurna,tapi apa yang boleh sam janji,selagi kita masih boleh mencuba,sam akan tetap bertahan.

hurm,kalau nak cerita lama lama,memang tak pandai habis.so,sampai sini jelah dulu.sam nak mandi ! hahaha.tak mandi lagi.

Monday 31 December 2012

lembaran baru untuk kita semua.

assalamualaikum.hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2012.besok adalah hari pertama tahun 2013.bagi aku,tak payah lah nak celebrate bagai.cukuplah dengan buat solat hajat tahun baru malamni.daripada jalan sana sini tak tentu hala.aku lagi suka duduk rumah.kalau tak pun,lepak2 dengan family.
  hurm,banyak benda yang aku dah tempuhi sepanjang tahun ni.suka duka,pahit manis perjalanan hidup ni pun dah banyak aku tempuhi.macam macam asam garam kehidupan yang aku dah belajar.orang puji aku,orang hina aku.semua aku telan.aku anggap semua tu satu pengalaman dalam kehidupan.macam aku selalu cakap.semua ni adalah the circle of our life.lagipun kita tak tahu bila kita nak meninggalkan dunia ni.kita cuma boleh memanjatkan doa kepada yang maha esa supaya dipanjangkan umur kita.hari esok adalah hari pertama kita manusia di tahun yang baru.orang cakap,tahun baru mesti ada azam baru.tapi bagi aku,azam saja tak guna kalau kita tak laksanakan.azam baru ni sebenarnya cuma untuk menaikkan semangat kita saja.
  hurm,tahun ni jugak,aku banyak dapat sesuatu yang baru dalam hidup aku.tapi,semuanya tak kekal.bagi aku,hanya yang maha esa sahaja yang kekal.
banyak jugaklah yang dah berubah dalam masa 1 tahun ni.family aku,kawan2 aku,orang yang aku sayang.semua dah barubah.aku rasa ikatan aku ngan family aku dah makin kuat sekarang.tapi dengan orang yang aku sayang,makin kendur.betul cakap orang,rambut sama hitam,tapi hati lain lain.ni lah dunia,dunia dimana kita berada sekarang.dunia yang sementara.
tapi apa apapun,hidup kita ni janganlah pernah kita sia siakan.cuma kita sendiri yang boleh mencorak hidup kita.bukan orang lain.jangan harapkan orang lain untuk buat hidup kita jadi baik.tak selama lamanya kita muda.kalau kita tak berusaha dari sekarang,sampai bila kita nak berjaya kan.hidup ni adalah untuk berusaha.kalau nak diikutkan,aku menyesal jugak dengan cara hidup yang aku jalani dulu.tapi,menyesal pun dah takde guna kan.apa yang perlu kita buat,cuma biarkan masa lalu jadi memory dalam hidup kita,dan terus melangkah kehadapan.buat apa yang terbaik untuk kita.utuk orang yang aku sayang,nurul bulbul.'jadikanlah pengalaman kita dulu mendewasakan kita,membuat kita jadi lebih tabah,lebih menghargai hidup ni,lebih berani untuk mencuba.jangan jadikan benda yang dulu sebagai alasan untuk kita tak berjaya dalam hidup dan hubungan kita.jangan kita berhenti mencuba selagi kita masih boleh mencuba.'dan untuk family aku,'adik minta maaf kalau sepanjang tahun ni,adik banyak menyusahkan semua.tak kisahlah abang ke,kakak ke,siapa siapa jelah yang adi pernah susahkan.adik tahu adik terlampau manja,masih muda,masih belum kenal erti penat lelah perjalanan hidup,belum tahu nak bezakan mana yang baik,mana yang salah.adik harap semua maafkan adik.'dan untuk kawan2 aku semua,'banyak suka duka hidup yang telah kita lalui bersama.aku harap korang semua dapat terima aku sebagai kawan korang biarpun susah atau senang.kawan senang banyak,tapi kawan susah memang sikit.aku harap persahabatan kita takkan terhenti sampai sini.biarlah persahabatan kita semua berpanjangan sampai di alam akhirat kelak.'

sekian dari aku untuk tahun ni.assalamualaikum,semoga tahun depan dapat membuka lembaran baru untuk kita semua.ahlan wasahlan.ikhlas dari  Sam Marley.